Asalamualaikum Semua
Bismilllah
Permata Besi Kursani atau Batu Kursani
Definisi :
Dari segi agama : Kisah dimana semasa Allah mencipta Nabi Adam ,
Allah telah meletakkan sebentuk besi yang diberi nama Kursani pada tulang
belakang Nabi Adam .
Dari segi sains : Besi Kursani terhasil daripada hujan meteor pada
zaman Dinasur dahulu . Meteor yang turun ke bumi telah membawa elemen di
panggil dalam bahasa inggeris Pyrite (Kursani) . Setelah jutaan tahun bahan
besi tersebut telah mendap ke dasar bumi .
Khasiat Kursani
Besi Kursani dan Batu Kursani mempunyai khasiat yang sama namun
perbezaannya adalah dari segi kekerasannya . Antara khasiatnya :
Pendinding
Penangkis Sihir
Penawar Bisa
Kebal Darurat (Jika diaktifkan mampu menjadi Kebal Umum)
Penguat Tumbukan (Tumbukan Padu)
Tempat Tumpuan dan Rasangan Kursani
Tempat tumpuan Kursani adalah telapak tangan .
Aktif Besi Kursani / Batu
Kursani
Sebenarnya untuk mengaktifkan Kursani ini adalah melalui orang
tengah yang pandai dalam Ilmu Kursani . Ilmu Kursani selalunya dipelajari dalam
Ilmu Persilatan Melayu dulu dari tok guru yang menuruni ilmu tersebut .
Setelah diaktifkan , akan terasa ada sesuatu benda yang mengalir
masuk kedalam urat , sendi , darah , daging dan tulang belakang . Perkara ini
berlaku kerana tindak balas dari pengaktifan Kursani serta aura nya mengalir
kedalam tubuh manusia .
Ayat Aktif Kursani
Bawah ini adalah Ayat
Besi Kursani yang diamalkan oleh tok guru pada zaman dulu kala . Diberi
amaran “Jangan amal kan jika tidak
berguru” takut memudaratkan diri dan orang sekeliling .
“Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Yang ni versi melayu
“ Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”.
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”.
Semua diatas , adalah segalanya atas kehendak Allah . Sekiranya
Allah mengizinkan seseorang itu mampu aktif kan Kursani , pasti ada hikmahnya .
Begitu juga sebaliknya , kalau Allah tidak mengizinkan maka mesti ada hikmah
nya .
Semoga maklumat yang telah diberikan dapat digunakan sebagai
panduan pada masa hadapan kelak .
No comments:
Post a Comment