Saturday 6 December 2014

Besi dan Batu Kursani

Asalamualaikum Semua

Bismilllah

Permata Besi Kursani atau Batu Kursani

Definisi :

Dari segi agama : Kisah dimana semasa Allah mencipta Nabi Adam , Allah telah meletakkan sebentuk besi yang diberi nama Kursani pada tulang belakang Nabi Adam .

Dari segi sains : Besi Kursani terhasil daripada hujan meteor pada zaman Dinasur dahulu . Meteor yang turun ke bumi telah membawa elemen di panggil dalam bahasa inggeris Pyrite (Kursani) . Setelah jutaan tahun bahan besi tersebut telah mendap ke dasar bumi .

Khasiat Kursani

Besi Kursani dan Batu Kursani mempunyai khasiat yang sama namun perbezaannya adalah dari segi kekerasannya . Antara khasiatnya :

Pendinding
Penangkis Sihir
Penawar Bisa
Kebal Darurat (Jika diaktifkan mampu menjadi Kebal Umum)
Penguat Tumbukan (Tumbukan Padu)

Tempat Tumpuan dan Rasangan Kursani

Tempat tumpuan Kursani adalah telapak tangan .

 Aktif Besi Kursani / Batu Kursani

Sebenarnya untuk mengaktifkan Kursani ini adalah melalui orang tengah yang pandai dalam Ilmu Kursani . Ilmu Kursani selalunya dipelajari dalam Ilmu Persilatan Melayu dulu dari tok guru yang menuruni ilmu tersebut .

Setelah diaktifkan , akan terasa ada sesuatu benda yang mengalir masuk kedalam urat , sendi , darah , daging dan tulang belakang . Perkara ini berlaku kerana tindak balas dari pengaktifan Kursani serta aura nya mengalir kedalam tubuh manusia .

Ayat Aktif Kursani

Bawah ini adalah Ayat Besi Kursani yang diamalkan oleh tok guru pada zaman dulu kala . Diberi amaran  “Jangan amal kan jika tidak berguru” takut memudaratkan diri dan orang sekeliling .

“Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Yang ni versi melayu
“ Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah”.
Semua diatas , adalah segalanya atas kehendak Allah . Sekiranya Allah mengizinkan seseorang itu mampu aktif kan Kursani , pasti ada hikmahnya . Begitu juga sebaliknya , kalau Allah tidak mengizinkan maka mesti ada hikmah nya .


Semoga maklumat yang telah diberikan dapat digunakan sebagai panduan pada masa hadapan kelak .

Saturday 29 November 2014

Permata Sawang Ular / Mata Dewa / Geliga Ular / DLL

Sedikit Ringkasan Teori Di Sebalik Fenomena “Bercahaya” Batu Mata Dewa/Kunang2/geliga ular (Glow In Dark -phosphorescene)

Perbincangan bahan/batu jenis ini jatuh dalam bab Luminescene, dan luminescene terbahagi kepada dua iaitu fluorescene dan phosphorescene. Setepatnya ia dalam fasal phosphorescene.Secara mudah, fenomena ini berlaku “kesan pentenagaan atom dalam bahan tersebut..” atau lebih spesifik lagi “kesan pergerakan electron dalam atom bahan tersebut…”.

Bagaimana…?

Asas-asas tentang atom: Atom terdiri daripada nuklear (proton bercas positive dan neutron yang neautral) dan dikelilingi oleh electron-elektron bercas negatif. Atom lebih sesuai untuk dinyatakan sebagai “electrically neautral” kerana cas positif pada nukleus diseimbangkan oleh cas negatif  pada electron sekeliling. Atom boleh sahaja menjadi bercas positif atau negatif, apabila electron bertambah atau berkurang satu atau lebih, dan atom tersebut dipanggil ions. Ions bercas negative dipanggil anions dan ions bercas positif dipanggil cations. Kompaun kimia boleh difahami terdiri daripada 2 bahagian, iaitu bahagian bercas positif (cations) dan bahagian bercas negative (anions).

 Bagaimana mekanismanya?

Teori secara umum: Cahaya matahari atau cahaya lampu adalah satu bentuk tenaga. 

Apabila bahan/batu jenis ini (bahan/batu jenis lain tidak termasuk dalam perbincangan ini) mendapat tenaga yang mana tenaga tersebut masih dibawah tahap yang boleh menyebabkan diri bahan/batu tersebut terbakar – mereka menukar tenaga ini kepada satu bentuk radiasi yang dinamakan “cold radiation”, yang mana kebiasaan panjang gelombangnya terletak dalam spectrum yang dapat dilihat (visible spectrum /radiation) iaitu 380-750nm. Dalam kes batu mata dewa/kunang2, apabila kita melihat bahan/batu tersebut “bercahaya” apabila diletak di tempat lebih gelap selepas didedahkan kepada cahaya matahari, itulah yang dinamakan “cold radiation”. ‘Cold radiation’ dikenali juga sebagai luminescene.

Bagaimana kesan pergerakan electron dapat menghasilkan cahaya?

Penerangan lebih spesifik: Tenaga berlebihan yang diterima oleh bahan luminescene ini setelah didedah kepada cahaya matahari tadi, digunakan untuk menggerakkan elektron-elektron keluar daripada orbit normal (“ground state”) mereka, kepada orbit-orbit yang tahap tenaganya lebih tinggi (“excited state”) dan ianya tidak stabil. 

Kemudian apa berlaku?

Setelah electron-elektron tadi telah kembali kepada orbit-orbit mereka yang lebih stabil, mereka memberikan tenaga yang berlebihan tadi dalam bentuk “electromagnetic radiation” atau “cahaya”. Dari segi teori kuantum, diterangkan “electron-elektron membuang tenaga mereka dalam bentuk photon cahaya”.

Apakah sebenarnya factor dalaman yang terdapat pada bahan/batu jenis ini yang membolehkan cahaya dipancarkan?

Terdapat 2 faktor iaitu :

(1) sifat intrisik bahan 
(2) kehadiran activator –atau luminescene impurity.

Semua produk Glow In Dark mempunyai phosphor. Secara umumnya, phosphor ia bahan yang mempamerkan fenomena luminescene. Luminescene ialah pancaran cahaya oleh mana-mana bahan yang bukan disebabkan oleh haba (heat). Ianya adalah “cold body radiation”.

[Nota: lawan kepada luminescene ialah incandescene (Latin – to glow white); iaitu pancaran cahaya disebbakan oleh haba (heat). Contohnya pancaran cahaya oleh lampu spot light yang mana filamen dari tungsten dipanaskan ke tahap suhu yang sangat tinggi sehingga ia “bercahaya”. Contoh lain, besi yang hendak ditempa dipanaskan sehingga –bercahaya merah- adalah contoh incandescene]

Phosphor mempunyai 3 sifat:

  • a.     a.  Jenis tenaga apa mereka perlukan untuk pentenagaan
  • b.    b.   Cahaya berwarna apa yang mereka hasilkan
  • c.     c“persistence” – berapa lama mereka dapat bercahaya selepas pentenagaan

Contoh-contoh phosphor ialah:

  1. a.     a. Zinc Sulfide (semenjak 1930an)
  2. b.    b.  Strontium Aluminate (baru di cipta)
  3. c.    c.   Calcium Sulfide
  4. d.    d.  Alkaline earth metal silicate

[Nota: Pada hari ini, ahli kimia telah mencipta ratusan bahan yang bersifat phosphor. Selalunya  bahan phosphor ini terdiri daripada transition metal compound dan rare earth compound dalam pelbagai bentuk]

Strontium Aluminate lebih bercahaya dan tahan lama berbanding zinc sulfide. Kedua-duanya berwarna hijau. Batu mata dewa/kunang2/terang bulan/terang malam dibuat daripada pigmen phosphorescene ini.

Untuk Glow In Dark berwarna merah, digunakan pigmen phosphorescene Calcium Sulfide. Manakala untuk bercahaya warna biru digunakan pigmen phosphorescene Alkaline earth metal silicate.

Dimana produk phosphor ini diaplikasi?

  • a.      a. Dibuat batu permata (spt. Batu mata dewa/kunang2/geliga ular)
  • b.      b. Dalam tulisan papantanda “EXIT” dll papantanda keselamatan
  • c.      c.  Dalam jalur catan pejalan kaki (pathway marking)
  • d.      d. Catan dinding (permukaan bangunan nampak bercahaya)
  • e.      e.  Dalam skrin radar; atau dalam alatan/benda yang berkait dengan aviasi dan navigasi
  • f.        f.  Dalam barang mainan kanak-kanak “glow in dark”
  • g.      g.  Dalam dekorasi jam tangan

[Nota: Teknologi dalam dekorasi jam supaya persistence atau fenomena bercahaya dapat bertahan lama sehingga bertahun-tahun….sumber pentenagaannya daripada bahan radiaktif yang dicampur ke dalam phosphor tadi.]

PENUTUP
Dalam bahan jenis ini – pergerakkan electron-elektron di antara orbit normal (“ground state”) dan orbit bertenaga tinggi (“excited state”) mengambil tempat dalam bentuk rawak.

Jika secara mayanya tidak ada penangguhan antara electron-elektron menerima tenaga dan melepaskan tenaga tersebut dalam bentuk cahaya yang boleh dilihat apabila sumber pentenagaan tadi dihentikan, fenomena ini dinamakan fluorescene. Iaitu dapat dilihat pada ketika ada sumebr cahaya/tenaga sahaja, apabila dialihkan sumebr cahaya/tenaga tersebut, maka fenomena “bercahaya” pada bahan tersebut tidak dapat dilihat.

Jika terdapat penangguhan diantara electron-elektron menerima tenaga dengan electron-elektron melepaskan tenaga dalam bentuk cahaya setelah sumber pentenagaan tadi dihentikan, fenomena ini dinamakan phosphorescene. Fenomena “bercahaya” pada bahan/batu dapat dilihat setelah sumber cahaya dialihkan. Inilah apa yang berlaku pada batu mata dewa/kunang2 dan lain2 nama yang diberi kepada batu jenis ini.

Khasiat dan Pertua Permata

Sekadar Petua Insya-Allah - 
Khasiat Kelebihan Batu dan Besi Pilihan HANYA Sekadar Petua...Segalanya adalah dengan Izin Allah SWT semata semata

Besi Leleh

Khasiat Besi Leleh

  • 1) Tahan Kulit ( Kebal )
  • 2) Penawar Racun - terutamanya gigitan Ular


Tabasheer/Tok Wali

Khasiat Tabasheer/Tok Wali

  • 1) Mengstabilkan Aura Diri - Imbangan antara Positive dan negetive Energy badan ( asbab kekuatan Mineral ini dalam menyerap tenaga pergeseran antara kerak bumi)
  • 2) Rawatan alternative secara alami bagi penyakit berkaitan lebihan Acid badan seperti sengal sengal tulang, Gaut, Migrane, Sengugut, Masaalah dalaman perut, paru-paru.
  • 3) Pemangkin Detox badan dan peningkatan kesegaran tapi tak perasan.Ia juga mampu memberi kekuatan kepada tulang 4 kerat manusia sehinggakan anda menjadi kuat bekerja melebihi dari manusia lain. 
  • 4) Diabetes - Kenching manis
  • 5) Penyakit berkenaan kitaran haid yang tidak seimbang ( menstrual isues)
  • 6) Natural Pain Killer (http://www.ehow.com/facts_6017079_serpentine-stone-back-pain.html )
  • 7) Penawar Racun insyallah Khasiat / Kegunaan Tahi Besi Untuk tujuan kebaikan,


Tahi Besi.

Khasiat
  • 1.Tahi Besi mampu menyembunyikan jasad dari dilihat oleh pihak musuh atau sapa-sapa yang di niatkan.Orang nampak
  • 2.Penawar racun....di zaman Rom,di buat cawan,supaya arak tidak mabuk.
  • 3.Penyebar perkerti mulia
  • 4.Pengaseh
  • 5.Pemberi ketenangan dalam kesusahan
  • 6.Pemberi semangat. (Petikan dari Internet dan sumber petua)

Keburukan

  • Akan diberi satu alamat sekiranya didatangi alamat yang baik atau buruk Untuk tujuan keburukan - Ahli-ahli sihir gemar menggunakan tahi besi ini bertujuan untuk memukau.
  • Orang yang dipukau kebiasaannya akan mengikuti apa kehendaknya.
  • Tahi besi juga boleh membinasakan perniagaan seseorang dengan menanamnya di kawasan perniagaan orang tersebut.dan yang melangkahnya pula boleh putus zuriat zuriat.
  • Tahi besi juga boleh buat pembenci


MARJAN ( CORAL )

KHASIAT MARJAN ( CORAL Rare Coral - adalah Blue Coral )

  • 1.Penolak sihir dan guna guna.
  • 2.Pendinding anak anak dari macam macam penyakit.
  • 3.Pengalak pertumbohan gigi untuk anak anak.
  • 4.Penyebarak semangat riang...happy go lucky.


Akik ( Agate )

Khasiat Batu Akik (Aget)

  • 1. Penyejuk Hati
  • 2. Kerezekian
  • 3. Menstabilkan aura seseorang.menstabilkan emosi dan mengurangkan stress
  • 4. Akek Sulaiman adalah akik paling baik dalam ketogari.


Akik Sulaiman

Diantara khasiat nya ialah Pengaseh,pendinding,pengerun dan perubatan penyakit dalam Batu Akik Sulaiman terbaik ialah berwarna Unggu Jernih Terang dan ada garis garis putih dan ada segi tiga bintang dan di panggil BATU SULAIMAN WULUNG SEMBAHYANG . Serta ini lah yang paling banyak Khasiat nya ialah:

  • 1.Penenteram jiwa dan sanubari.
  • 2.Menjauh kan Angan angan jahat
  • 3.Kecurangan Hati
  • 4.Menuntun ke arah kesolehan..kebaikan
  • 5.Pengaseh
  • 6.Menuntun ke arah kebaikan hati yang jujur,adil dan tekun ibadah kepada ALLAH SWT
  • 7.Mencerdas kan otak dan penerang hati
  • 8.Menerang kan mata,penolak bahaya manusia dan binatang liar juga Ular berbisa.
  • 9.Menjauhkan dari penyakit menular
  • 10.Air rendaman Batu ini bolih menggubat penyakit dan membunoh kuman.
  • 11.Penolak sihir dan syaitan.


BATU BAIDURI BULAN ( MOONSTONE )

KHASIAT BATU BAIDURI BULAN - MOONSTONE

  • 1.Memberi kegembiraan
  • 2.Pengaseh
  • 3.Membuat perasaan Peka
  • 4.Menolak penyakit Menular
  • 5.Pendinding
  • 6.Membawa ketenagan dalam pasangan/ di pandang manis.  


BATU INI AMAT SESUAI UNTUK WANITA.

Fosil Siput

Khasiat Fosil Siput

Fosil Siput dan berbeza dengan Buntat Siput.Batu Fosil Siput berkhasiat menaik kan kekuatan emosi kita.Batu ini sesuai untuk orang yang lemah semangat dan tidak sesuai untuk orang yang semangat nya kuat . Berbeza dengan Buntat Siput,Buntat Siput banyak khasiat nya seperti kekebalan,pengasih dan pendinding.

Batu Serai (Zircon)

Khasiat Batu Serai (Zircon)

Batu Serai hanyalah untuk cantik sahaja-Batu Serai TIADA NILAI PERUBATAN. Ada juga berpendapat ia banyak pada bersifat pengasihan dan pelaris...wallahu Cara nak tahu dia Zircon – biasan cahaya melalui batu ini akan membentuk warna pelangi (rainbow).

Batu Nilam (Sapphire)

Khasiat Batu Nilam (Sapphire) Khasiat nya ialah :

  • 1.Pembawa bahgia kepada percintaan dan Perniagaan(pelaris dan pengaseh).
  • 2.Mengubati penyakit dalam..khusus nya Penyakit jiwa tanpa jin.
  • 3.Membuat kan diri si pemakai,jiwa yang tenang.
  • 4.Melindungi diri dari unsur negetif/syaitan/kejahatan
  • 5.Menolak racun,Penyakit cacar,penyakit mata menular dan penyakit kulit...angkara jin.
  • 6.Jika yang ASLI dan kena bukaan Aura nya,si pemakai dapat melihat Alam Ghaib
  • 7.Cahaya batu ini akan hilang jika Si Pemakai membuat maksiat...khusus nya minum arak dan berzina.


Delima ( Ruby )

KHASIAT RUBY/DELIMA MERAH/Garnet

  • 1.Pengasihan
  • 2.Menyembuh kan penyakit Lemah Tenaga Batin..lelaki atau [perempuan
  • 3.Menaikan semangat dalam penampilan diri/bergaya
  • 4.Pelindung dari racun dan santau,serta sihir...batu akan berubah warna.
  • 5.Mengekal kan persahabatan
  • 6.Menghidari penyakit dari hujan lebat dan ribut kuat.
  • 7.Sentiasa dalam kekayaan.
  • 8.Menghilang kemurungan
  • 9.Menghilang penyakit radang
  • 10.Penawar penyakit mata
  • 11.Masaalah tidor dan mimpi burok
  • 12.Apabila Pemakai nya dalam bahaya...dia akan bertukar warna dan bila tiada bahaya,warna nya kembali pada asal.

Kecubung ( Amethyst )

Khasiat batu Amethyst (Kechubung)

1.Mereda kan kemarahan tubuh badan  
2.Kewibawaan
3.Pemanis
4.Pelaris



Sunday 9 November 2014

Cara Mengenali Keaslian Geliga Lipan

Geliga Lipan atau Buntat Lipan

Definisi

Geliga atau buntat adalah sejenis permata yang terhasil daripada unsur nya tersendiri mahupun unsur persekitaran atau alam atau kehiduapan . Contohnya , seperti Buntat Embun yang terasil dari embun itu sendiri bagi unsur alam dan buntat Ikan yang terasil dari perut ikan itu sendiri dan ianya dari unsur kehidupan .

Untuk menguji buntat atau geliga adalah dengan unsur nya , secara lazim nya masyarakat akan terfikir pekara sebegini adalah mengarut dan tahyul .  Namun semua yang berlaku adalah kehendak Allah Yang Maha Esa . Secara contoh nya Geliga Ular akan diuji dengan ular , Geliga Embun akan diuji dengan meletakkan permata ke dalam air dan permata akan tidak kelihatan didalam air .

Sebagai Geliga ianya mempunyai pelbagai khasiat dari segi pendinding , perubatan , penyejuk , kekebalan dan lain lain . Ada juga Geliga yang mempunyai kelebihan dan kekuatan luar biasa dan kadangkala kelebihan tersebut hanya boleh diaktifkan dengan ilmu khusus .

Geliga Lipan 

Asal Usul Geliga Lipan 

Geliga Lipan mempunya 3 peringkat penghasilan nya iaitu :

Mulut
Geliga Lipan yang terhasilan dari mulut adalah dari proses pembentukan bisa yang terkumpul daripada campuran bahan-bahan lain acid dan mineral . Proses tersebut telah membuatkan bisa Lipan itu menjadi membeku dan membatu . Keberadaan Geliga biasa nya berada di sepit Lipan itu sendiri dan warnanya merah .

Kepala
Gelipa Lipan yang berada diatas kepala adalah hasil dari perubahan tempat dan kematangan geliga sendiri . Apabila Geliga Lipan yang berada di mulut lipan melalui proses kematangan . Geliga tersebut akan beralih tempat ke atas kepala . Bagaimana , dari mana dan macam mana proses ini berlaku itu pun susah nak di uraikan . Kerana semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah sendiri .

Perut / Badan
Geliga Lipan yang terhasil di dalam perut adalah proses yang hampir sama dari mulut . Ianya berlaku adalah dari proses pembekuan bisa lipan didalam perut sehingga menjadi batu . Bagi bidang sains , ianya dipanggil kanser perut yang berlaku kepada lipan .

Punggung
Selalunya Geliga Lipan sesuatu yang terhasil dari Punggung (dubur) lipan adalah amat tidak bernilai sama sekali . Ini kerana ianya tidak mempunyai apa-apa khasiat dan ianya terhasil daripada Najis lipan itu sendiri . Dan nilai pasaran amat murah .

[Note : Khasiat yang paling tinggi dari Geliga Lipan adalah geliga yang terhasil dari Mulut dan Kepala . Dan nilai nya yang selalu dimaharkan adalah ribuan ringgit berbanding terhasil daripada Perut / Badan dan Punggung (dubur ) ]

Cara Menggunakan Geliga Lipan
Sebenarnya Geliga Lipan boleh diberi pembelajaran khusus dalam cara penggunaan nya dan memakainya . Namun saya terpaksa memberi tahu anda semua , kerana saya tidak mahu anda membeli Geliga Lipan palsu .

Cara-caranya adalah dengan mengambil Geliga Lipan dan diletakan dibawah lidah , selepas itu geliga tersebut harus dikemam . Apabila proses itu dilakukan , anda kan merasa bisa lipan itu menular dan mengalir ke lidah (lidah akan kebas) kemudian ke teliga setelah itu ke urat saraf otak dan akhir sekali ke mata . Proses ini akan menyebabkan anda boleh melihat tembus pandang sehingga pengelihatan dapat menembusi dinding .

Perkara ini berlaku adalah dari proses penularan bisa yang mengalir ke urat saraf sehingga memberi kelebihan kepada sipemakai mampu melihat tembus dinding .

*Maaf jika apa yang ditulis akan menyinggung perasaan sesetengah pihak dan saya juga ingin meminta maaf jika ada tersalah tulis atau tersalah kata . Segala kelebihan datang nya dari Allah Yang Maha Esa .*

Saturday 8 November 2014

PERBINCANGAN PERMATA SENTETIK VS ASLI

ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga sedikit perbincangan dibawah dapat memberi panduan yang berkaitan.

DEFINISI: Permata Sintetik (Tiruan) Ialah permata yang dibuat oleh manusia didalam makmal dan menepati ciri-ciri permata asli yang di tiru -iaitu permata sintetik mestilah. 


  • Mempunyai komposisi kimia yang sama dengan permata asli . 
  • Mempunyai system kristal yang sama dengan permata asli 
  • Mempunyai sifat fizikal / optikal yang sama dengan permata asli 


[Note 1: Istilah ‘sintetik’ hanya terpakai bagi membuat permata “inorganic” sahaja kerana untuk membuat permata “organic” (seperti amber , coal, jed , mutiara , coral) yang tumbesarannya secara biologi adalah mustahil.] 

[Note 2: Oleh kerana , permata sintetik dihasilkan menepati ciri-ciri permata asli sebagaimana definisi diatas, maka instrument berjarum seperti Presidium menunjukkan ianya Ruby / Sapphire. Biasanya dalam catalog pembelian, akan dinyatakan bahawa alat Presidium ini tidak dapat membezakan antara permata sintetik atau asli.]

SEMAKAN SILANG : Produk Sintetik & Cara Penghasilannya

1. Ruby[Flame Fusion, Floating Zone, Czochralski, Flux Melt, Hydrothermal]
2. Sapphire[Flame Fusion, Hydrothermal]
3. Star Ruby[Flame Fusion]
4. Star Sapphire[Flame Fusion]

[Note: Berbeza cara penghasilannya, maka berbeza inclusion pada batu tersebut. Kesemua inclusion tersebut berbeza dengan inclusion batu asli. Daripada rupa bentuk inclusion inilah dapat dipisahkan antara batu asli atau sintetik mengikut cara penghasilannya oleh gemmologist.]

Sekurang-kurangnya ada 16 pengeluar untuk produk sintetik Ruby/Sapphire / Corundum sehingga ke hari ini, antaranya ialah : Vernueil, Chatham dari USA, Gilson dari Perancis, Kyocera dari Jepun, Ramaura dari USA, Linde dari USA, Tairus dari Russia, Seiko dari Jepun, Djevahirdjian dari Switzerland, Nakazumi dari Jepun, J. Lechleitner dari Austria, Lennix, Russian, Kashan, Knischka dan Douros.

[NotaDi awal-awal penghasilan, hanya ruby/sapphire/corundum tanpa star dapat dihasilkan. Kemudian, barulah ditemui teknik penghasilan star, tetapi kaki starnya pendek-pendek sahaja (tak penuh sampai ke tepi/girdle batu). Kemudian, selepas percubaan demi percubaan barulah star penuh kaki panjang-panjang dapat dihasilkan. Star ruby/sapphire /corundum per-1 adalah dihasilkan oleh Linde Division of the Union Carbide Corporation of America pada tahun 1947]

SINTETIK STAR RUBY:

Ciri-Ciri Luaran Delima Star Sintetik Kebiasaannya delima star sintetik berpenampilan dengan ‘terlalu sempurna’. Ciri utamanya ialah “terlalu sempurna pada pandangan”, iaitu:

1. Star yang sangat sempurna (-permukaan batu yang sekata dan sempurna/gewan yang halus dan sekata lagi sempurna)
2. Warna yang sekata dan sangat menawan
3. Sangat bersih dalaman batu (-bagi batu yang telus)

Dan kebiasaannya sintetik star ruby ini: 

1. Terdapat dalam jumlah yang banyak batu yang identical (sama/sepesyen) 
2. Jika dijual dengan harga yang murah, maka kita boleh kata “Ya sintetik” [Nota: Puratanya, paling mahal dijual sekitar RM80/sebiji mengikut tempat…wallahu a'lam]
3. Di negara maju : Tetapi jika dijual dengan harga yang terlalu mahal dan dikatakan asli, sebaiknya minta certificate bagi batu itu bagi mengesahkan ianya asli.Antara Delima Star Sintetik yang paling masyhur dalam pasaran ialah dikenali sebagai “Lindy atau Linde Star Ruby” atau selalu disebut “American Star”. Dihasilkan en masse oleh Bahagian Union Carbide oleh syarikat Linde dari tahun 1950an hingga 1970an. Selepas daripada itu, penghasilannya dibuat di Southeast Asia. Asalnya bagi produk Linde ini terdapat cop ‘L’ pada bahagian bawah batu; lain-lain produk oleh pengeluar tiada cop ‘L’.

BEBERAPA CARA PENCAMAN

1. Cari dan lihat pada ciri hexagonal color zoningwalaupun tidak penuh. Ciri "hexagonal" ini adalah salah satu tanda keaslian Yaqut (Ruby, Delima, Sapphire, Nilam, Padparadscha) dan boleh dipegangi fatwa bahawa "mana-mana Yaqut yang mempunyai tanda hexagonal atau sebahagian daripada tanda ini, maka Yaqut tersebut adalah asli". Bentuk Hexagonal ini juga dikenali sebagai Cobweb atau sarang labah-labah jika ia sempurna penuh. Bersusdut 120 darjah. 

Boleh rujuk di : 
http://zamrudtech.blogspot.com/2009/12/kod-zt79-yaqut-asli-super-lagi.html 
atau 
http://zamrudtech.blogspot.com/2009/08/kod-z1-delima-afrika-sepasang-25ct.html.

2. Pada dalaman batu, cari dan lihat pada kehadiran buih. Batu sintetik biasa ada buih buih halus bersifat macam donut dan bersih. Batu simulant yang dibuat daripada kaca “paste’ biasa ada buih agak kasar dengan jumlah yang banyak dan bersifat bulat macam donut refect cahayanya serta bersih. Batu ruby yang dikenakan rawatan glass filling majority ada buih (natural treated/heated) juga bersifat donut dan bersih serta banyak. Batu asli kadang-kadang sahaja ada buih tetapi tidak bersifat donut ~ biasanya sedikit bersegi dan kotor (dan ada mineral inclusion).Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x.

3. Pada dalaman batu, lihat tahap telusbersih (clarity) batu. Batu delima asli, untuk mencari batu yang betul-betul jernih dan bersih jika kurang 5ct masih boleh dicari tetapi agak payah. JIka lebih 5ct, dikatakan mustahil. Sebaliknya batu sintetik (Linde/American Star) dengan saiz besar-besar pun tetap bersih. Batu asli ada mineral inclusion. Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x.[Nota: Batu delima retak 1000 sintetik, yang ada rekah-rekah pada dalaman batu sengaja dibuat retak-retak tersebut untuk nampak asli, asalnya dalam batu adalah bersih dari retak-retak.] 

4. Cari dan lihat pada urat growth line yang bersifat swirl/curved untuk batu sintetik, dan biasanya selari dan rapi. Urat growth line [hexagonal line] batu ruby/sapphire asli tidak pernah ada yang melengkung ~ dan bersudut 120 darjah. Boleh dilihat dengan mata kasar dan terlebih baik guna loupe 10x. 

[Nota: Rekah-rekah delima retak 1000 berbeza dengan apa yang dimaksudkan dengan growth line]

5. Cari dan lihat pada inclusion fingerprint pada batu asli yang terdiri daripada cecair dan gas. Kena guna loupe 10x sekurang-kurangnya. Batu sintetik tiada fingerprint.

6. Tambahan: Lihat pada gewan. Gewan terdiri daripada gentian halus jejarum (needles rutiles) dalam orientasi 3-D. Kewujudan serat jejarum ini menyebabkan batu delima yang bergewan tidak pernah dengan sempurnanya transparen. Gewan yang penuh dan sekata menghasilkan star. Needles Rutile asli terbina daripada titanium dioxide manakala rutile sintetik daripada aluminium titanite selepas analisis oleh makmal-makmal. Hal ini tidak dapat dikenalpasti dengan mata kasar melainkan alat khas. Kebiasaannya gewan pada batu sintetik adalah halus mulus sekata semua arah. 

[Nota: Bezakan dengan batu asli yang dikenakan rawatan surface diffusion juga kelihatan halus mulus dan sekata juga, dan star yang dihasilkan juga ‘kelihatan sempurna’ serta identical. Biasanya batu asli ini jenis translusen atau legap dan biasanya dari lombong Chanburi, Thailand]

Apabila selalu melihat permata-permata sintetik dan asli, jadi mudah untuk membezakan antara mereka.Wallahu a’lam.

KEASLIAN PERMATA IDAMAN ANDA

STEP BY STEP MENGENAL PASTI KEASLIAN BATU PERMATA

ZAMAN TEKNOLOGI,SEMAKIN SUSAH UNTUK MENGENAL YANG ASLI DAN YANG PALSU(SINTETIC) . WALAUBAGAIMANAPUN,CARA UNTUK MENGENAL PASTI YANG ASLI TETAP ADA.BERIKUT ADALAH BEBERAPA STEPS YANG BOLEH KITA JALANKAN UNTUK MENGENAL ANTARA ASLI DAN YANG PALSU:

STEP 1: BANDING DAN BEZA PERMATA

Perkerja Dari Kilang Gemstone Di India
CUBA MEMBANDINGKAN ANTARA BEBERAPA JENIS YANG SAMA CONTOH , DELIMA DENGAN DELIMA DAN SEBAGAINYA . PERMATA ASLI HAMPIR MUSTAHIL UNTUK MENYAMAI ANTARA 1 SAMA LAIN . INI KERANA PERMATA ASLI MELALUI PROSES KEJADIAN SEMULAJADI,BERBEZA PULA DENGAN YANG TIDAK ASLI IAITU SINTETIC YANG MANA MELALUI PROSES YANG SAMA IAITU DILAHIRKAN MELALUI MAKMAL-MAKMAL ATAUPUN KILANG-KILANG YANG BOLEH MENGHASILKANNYA .







STEP 2 : PERHATIKAN GEWANG / URAT BATU

Urat Permata
Gewang Terhasil

PERMATA ASLI YANG BERGEWANG MEMPUNYAI URAT BATU YANG SAMA IAITU GEWANG ATAS SAMA DENGAN GEWANG DIBAWAH . SELAIN ITU , PERMATA YANG ASLI 'PASTI' MEMPUNYAI SEDIKIT 'KEKOTORAN' DI DALAM BATU . CONTOH MEMPUNYAI SPESIMEN-SPESIMEN BERUPA TITIK HITAM DI DALAM BATU . ADAPUN BEGITU , TERDAPAT JUGA PERMATA ASLI YANG BERSIH DIDALAM BATU YANG MANA HARGA NYA PULA SESUAI DENGAN STATUS KESEMPURNAAN PERMATA TERSEBUT .

STEP 3 : BERKENAAN WARNA

Contoh Gambar Delima Air
KEBIASAANNYA , PERMATA ASLI MEMPUNYAI WARNA YANG NATURAL , WARNA YANG TIDAK SEMPURNA.SEBAGAI CONTOH,WARNA YANG SEMAKIN TERANG ATAUPUN SEMAKIN PUDAR . MANAKALA , PERMATA TIRUAN MEMPUNYAI WARNA YANG BOLEH DIKATAKAN SEMPURNA SEPERTI WARNA SEKATA DAN TIADA CACAT CELA.







STEP 4 : MEMPUNYAI SIJIL PENGESAHAN KEASLIAN

Contoh Sijil Dari AGL
SIJIL KEASLIAN INI DIKELUARKAN OLEH AGL (ASIA GEMOLOGICAL LABORATORY) . HAL INI HANYA BERLAKU APABILA MEMBABITKAN PERMATA YANG BERHARGA TINGGI . JADI , BAGI SESIAPA YANG INGIN MEMILIKI PERMATA YANG ASLI,SEHARUSNYA MEMASTIKAN KETULENAN SIJIL DAN SEHARUSNYA MEMILIKI SIJIL TERSEBUT .




STEP 5 : STAR / BINTANG

HAL INI BERLAKU PADA SESETENGAH PERMATA SAHAJA SEPERTI DELIMA , NILAM , BAIDURI DAN SEBAGAINYA . CONTOH MUDAH UNTUK MENGENALINYA IALAH , KEBIASAAN PERMATA YANG MENGHASILKAN STAR INI MEMPUNYAI GEWANG , YANG BERSUDUT 120 DARJAH YANG MANA AKAN MENGHASILKAN STAR . 

Contoh Delima Star Bergewang
TETAPI , WUJUD PERMATA ASLI YANG CLEAR / TIDAK BERGEWANG YANG MAMPU MENGHASILKAN STAR . PERMATA INI BERHARGA MAHAL DAN JIKA ADA PENJUAL-PENJUAL YANG INGIN MENJUALNYA DENGAN HARGA RENDAH , BERHATI-HATI , ANDA MUNGKIN DITIPU . IA ADALAH PERMATA SINTETIC YANG DIHASILKAN OLEH KILANG-KILANG DI LUAR NEGARA ANTARA NAMANYA IALAH AMERICAN STAR RUBY .

Friday 22 August 2014

Asalamualaikum semua.. 

Kepada sesiapa yg berminat sahaja.. 
Saya nak buat penawaran kepada sesiapa peminat batu permata.. 
Saya ada sebiji batu permata sejenis akik berwarna putih yang hendak di mahar kan..

Khasiat : 

-pemanis
-pelaris
-aura baik


Insyaallah dengan izin Allah

Harga RM 70.00 ( Termasuk kos Penghantaran )

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi :
0127577240 (Afiq)



Asalamualaikum semua.. 

Bagi perminat batu permata.. 
Saya menawar kan harga terendah bagi sesiapa yang berminat dengan item ini..

Batu Kecubung Air 

Khasiat :
-Pemanis
-Pelaris
-Memberi aura positif
-Penyejuk


Harga Rm 50.00 sahaja.. (Siap bekas dan Penghantaran)

Sesiapa yang berminat sila pm@comment atau call 0127577240

Wednesday 18 June 2014

Asalammualaikum

Assalamuallaikum Semua Maaf blog ini tergendala seketika.. Kini akan di update semula pada masa terdekat ini.. Harap Maaf Terima Kasih..
 

Hehe.. Ni di antara koleksi terbaru..
Amethyst (Kecubung) yang belum di canai dan dibentukan..
Cantik kan.. Tunggu pembukaan blog ini la ye.. (^_^)