Saturday 8 November 2014

PERBINCANGAN PERMATA SENTETIK VS ASLI

ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semoga sedikit perbincangan dibawah dapat memberi panduan yang berkaitan.

DEFINISI: Permata Sintetik (Tiruan) Ialah permata yang dibuat oleh manusia didalam makmal dan menepati ciri-ciri permata asli yang di tiru -iaitu permata sintetik mestilah. 


  • Mempunyai komposisi kimia yang sama dengan permata asli . 
  • Mempunyai system kristal yang sama dengan permata asli 
  • Mempunyai sifat fizikal / optikal yang sama dengan permata asli 


[Note 1: Istilah ‘sintetik’ hanya terpakai bagi membuat permata “inorganic” sahaja kerana untuk membuat permata “organic” (seperti amber , coal, jed , mutiara , coral) yang tumbesarannya secara biologi adalah mustahil.] 

[Note 2: Oleh kerana , permata sintetik dihasilkan menepati ciri-ciri permata asli sebagaimana definisi diatas, maka instrument berjarum seperti Presidium menunjukkan ianya Ruby / Sapphire. Biasanya dalam catalog pembelian, akan dinyatakan bahawa alat Presidium ini tidak dapat membezakan antara permata sintetik atau asli.]

SEMAKAN SILANG : Produk Sintetik & Cara Penghasilannya

1. Ruby[Flame Fusion, Floating Zone, Czochralski, Flux Melt, Hydrothermal]
2. Sapphire[Flame Fusion, Hydrothermal]
3. Star Ruby[Flame Fusion]
4. Star Sapphire[Flame Fusion]

[Note: Berbeza cara penghasilannya, maka berbeza inclusion pada batu tersebut. Kesemua inclusion tersebut berbeza dengan inclusion batu asli. Daripada rupa bentuk inclusion inilah dapat dipisahkan antara batu asli atau sintetik mengikut cara penghasilannya oleh gemmologist.]

Sekurang-kurangnya ada 16 pengeluar untuk produk sintetik Ruby/Sapphire / Corundum sehingga ke hari ini, antaranya ialah : Vernueil, Chatham dari USA, Gilson dari Perancis, Kyocera dari Jepun, Ramaura dari USA, Linde dari USA, Tairus dari Russia, Seiko dari Jepun, Djevahirdjian dari Switzerland, Nakazumi dari Jepun, J. Lechleitner dari Austria, Lennix, Russian, Kashan, Knischka dan Douros.

[NotaDi awal-awal penghasilan, hanya ruby/sapphire/corundum tanpa star dapat dihasilkan. Kemudian, barulah ditemui teknik penghasilan star, tetapi kaki starnya pendek-pendek sahaja (tak penuh sampai ke tepi/girdle batu). Kemudian, selepas percubaan demi percubaan barulah star penuh kaki panjang-panjang dapat dihasilkan. Star ruby/sapphire /corundum per-1 adalah dihasilkan oleh Linde Division of the Union Carbide Corporation of America pada tahun 1947]

SINTETIK STAR RUBY:

Ciri-Ciri Luaran Delima Star Sintetik Kebiasaannya delima star sintetik berpenampilan dengan ‘terlalu sempurna’. Ciri utamanya ialah “terlalu sempurna pada pandangan”, iaitu:

1. Star yang sangat sempurna (-permukaan batu yang sekata dan sempurna/gewan yang halus dan sekata lagi sempurna)
2. Warna yang sekata dan sangat menawan
3. Sangat bersih dalaman batu (-bagi batu yang telus)

Dan kebiasaannya sintetik star ruby ini: 

1. Terdapat dalam jumlah yang banyak batu yang identical (sama/sepesyen) 
2. Jika dijual dengan harga yang murah, maka kita boleh kata “Ya sintetik” [Nota: Puratanya, paling mahal dijual sekitar RM80/sebiji mengikut tempat…wallahu a'lam]
3. Di negara maju : Tetapi jika dijual dengan harga yang terlalu mahal dan dikatakan asli, sebaiknya minta certificate bagi batu itu bagi mengesahkan ianya asli.Antara Delima Star Sintetik yang paling masyhur dalam pasaran ialah dikenali sebagai “Lindy atau Linde Star Ruby” atau selalu disebut “American Star”. Dihasilkan en masse oleh Bahagian Union Carbide oleh syarikat Linde dari tahun 1950an hingga 1970an. Selepas daripada itu, penghasilannya dibuat di Southeast Asia. Asalnya bagi produk Linde ini terdapat cop ‘L’ pada bahagian bawah batu; lain-lain produk oleh pengeluar tiada cop ‘L’.

BEBERAPA CARA PENCAMAN

1. Cari dan lihat pada ciri hexagonal color zoningwalaupun tidak penuh. Ciri "hexagonal" ini adalah salah satu tanda keaslian Yaqut (Ruby, Delima, Sapphire, Nilam, Padparadscha) dan boleh dipegangi fatwa bahawa "mana-mana Yaqut yang mempunyai tanda hexagonal atau sebahagian daripada tanda ini, maka Yaqut tersebut adalah asli". Bentuk Hexagonal ini juga dikenali sebagai Cobweb atau sarang labah-labah jika ia sempurna penuh. Bersusdut 120 darjah. 

Boleh rujuk di : 
http://zamrudtech.blogspot.com/2009/12/kod-zt79-yaqut-asli-super-lagi.html 
atau 
http://zamrudtech.blogspot.com/2009/08/kod-z1-delima-afrika-sepasang-25ct.html.

2. Pada dalaman batu, cari dan lihat pada kehadiran buih. Batu sintetik biasa ada buih buih halus bersifat macam donut dan bersih. Batu simulant yang dibuat daripada kaca “paste’ biasa ada buih agak kasar dengan jumlah yang banyak dan bersifat bulat macam donut refect cahayanya serta bersih. Batu ruby yang dikenakan rawatan glass filling majority ada buih (natural treated/heated) juga bersifat donut dan bersih serta banyak. Batu asli kadang-kadang sahaja ada buih tetapi tidak bersifat donut ~ biasanya sedikit bersegi dan kotor (dan ada mineral inclusion).Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x.

3. Pada dalaman batu, lihat tahap telusbersih (clarity) batu. Batu delima asli, untuk mencari batu yang betul-betul jernih dan bersih jika kurang 5ct masih boleh dicari tetapi agak payah. JIka lebih 5ct, dikatakan mustahil. Sebaliknya batu sintetik (Linde/American Star) dengan saiz besar-besar pun tetap bersih. Batu asli ada mineral inclusion. Boleh dilihat dengan mata kasar atau loupe 10x.[Nota: Batu delima retak 1000 sintetik, yang ada rekah-rekah pada dalaman batu sengaja dibuat retak-retak tersebut untuk nampak asli, asalnya dalam batu adalah bersih dari retak-retak.] 

4. Cari dan lihat pada urat growth line yang bersifat swirl/curved untuk batu sintetik, dan biasanya selari dan rapi. Urat growth line [hexagonal line] batu ruby/sapphire asli tidak pernah ada yang melengkung ~ dan bersudut 120 darjah. Boleh dilihat dengan mata kasar dan terlebih baik guna loupe 10x. 

[Nota: Rekah-rekah delima retak 1000 berbeza dengan apa yang dimaksudkan dengan growth line]

5. Cari dan lihat pada inclusion fingerprint pada batu asli yang terdiri daripada cecair dan gas. Kena guna loupe 10x sekurang-kurangnya. Batu sintetik tiada fingerprint.

6. Tambahan: Lihat pada gewan. Gewan terdiri daripada gentian halus jejarum (needles rutiles) dalam orientasi 3-D. Kewujudan serat jejarum ini menyebabkan batu delima yang bergewan tidak pernah dengan sempurnanya transparen. Gewan yang penuh dan sekata menghasilkan star. Needles Rutile asli terbina daripada titanium dioxide manakala rutile sintetik daripada aluminium titanite selepas analisis oleh makmal-makmal. Hal ini tidak dapat dikenalpasti dengan mata kasar melainkan alat khas. Kebiasaannya gewan pada batu sintetik adalah halus mulus sekata semua arah. 

[Nota: Bezakan dengan batu asli yang dikenakan rawatan surface diffusion juga kelihatan halus mulus dan sekata juga, dan star yang dihasilkan juga ‘kelihatan sempurna’ serta identical. Biasanya batu asli ini jenis translusen atau legap dan biasanya dari lombong Chanburi, Thailand]

Apabila selalu melihat permata-permata sintetik dan asli, jadi mudah untuk membezakan antara mereka.Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment